Tak percaya ke? Ingat ini cap ayam!.. Ishh... bukanlah sebab aku pun ada juga jumpa mask yang ala-ala cap ayam tapi itu lagi la super duper murahnya. Ini aku bercakap pasal jenama terkenal Korea seperti The Face Shop, Etude House, Nature Republic dan Skin Food. Bagi aku jenama ini pun dah kira oklah untuk kami yang cuti-cuti ala bajet ini. Lebih mahal dari tu kot tak mampu la..huhu..
Untuk shopping barang-barang ini kami memilih untuk datang ke Myeong-dong sebab orang kata kat sini ada shopping mall untuk membeli-belah. Nak sampai ke sini kami semua naik subway line 4 dan turun di stesen Myeong-dong. Keluar sahaja daripada stesen, dekat atas memang sudah sampai ke kawasan shopping.
SAMPAI sudah di Myeong- |
Barang-barang kecantikan ini pun ok juga untuk dijadikan buah tangan untuk frenz and family. Sebenarnya, aku tak pernah guna pun mana-mana product ini. Tapi memandangkan ia murah dan barangannya nampak diperbuat dari bahan natural so aku pun tak kesahlah mencuba. So kat sini aku beli mask dari The Face Shop dan Etude House dengan harga 1,000 Won setiap satu. Lepas itu aku tint lip balm (4,000 Won) dan BB Cream serta Volumer (ada promo bila beli dua ini sekali harga bila covert dal RM72) dekat Etude House. Apa yang best lagi, bila masuk kedai je dah dapat free gift. Bila dah beli lagi la banyak sampel yang diberi. Us, Malaysian kan suka free gift ini..huhu..
BEST tengok beauty product dekat Etude House nie.. Tapi mostly tengok ajelah...(bajet katanya..haha) |
AMBIL gambar sendiri.. |
SUDAH siap membeli-belah |
HASILNYA...tapi mask The Face Shop tu share 3 orang.. (bajet uols...huhu) |
No comments:
Post a Comment