Thursday, 11 October 2012

IS@K Guest House pilihan bajet ku

Hari pertama kami di Seoul bermula selepas sampai di Incheon International Airport dan kemudian menaiki bas which cost us 15,000 Won (guna T-money) untuk ke hostel kami di Itaewon. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Kerana perjalanan yang agak panjang tu, aku pun sempat la buat observation dan buat teori sendiri. (Dah xde keje.. haha). Aku tengok jalan raya dekat Seoul ini tak jam sangat berbanding KL. Lepas tu, kereta kat sini banyak yang local. There's Hyundai, another Hyundai, Hyundai again, oh there's Kia, Hyundai lagi and yeah baru nampak satu BMW. In conclusion, they do local down here okay. Tabik spring skali.



NAMPAK tak tanda kat tengah jalan tu. Itu tanda U-turn tu. Yup U-turn di tengah jalan tanpa ada pembahagi jalan. Takut aku nak wat U-turn sini...huhu
Selepas mengharungi perjalanan yang agak panjang, kami pun sampailah ke Itaewon. Yippie, terasa berada di oversea sangat bila merasakan angin yang sejuk di permulaan musim luruh. Namun rasa sejuk itu sudah mula tidak terasa apabila kami mundar-mandir sebab sesat mencari our hostel. Dalam setengah jam adalah gak tawaf Itaewon tapi akhirnya kami sampai gak ke IS@K Guest House, di Yongsan-Ku.


TUDIA pintu gerdang Itaewon.

Memang happy bila dah jumpa tapi rupanya Guest House tu dekat tingkat empat la pulak. Adoyai, dalam kepenatan tapi kena la naik juga kan. Nasib baik kedatangan kami di sambut mesra oleh pekerja guest house tu. Nama dia Moon tapi kita orang pakai dia Bulan (nama manja gitu..hehe).


Sorrylah, gambar interior and exterior guest house tu tak ambil la pulak. Yang ada sikit je and tak detail pun. Jadi klu nak tengok gambar, ini link ke website dan Facebook dia orang.Aku for the next-next punya entry ada gak pix kat situ.. Tapi so far aku berpuas hati. Dekat sini ade female dorm, male dorm and mix dorm. Female dorm untuk enam orang so kita orang da conquer bilik tu okay. (nama dorm kami Paris..hehe)

Tapi bilik tu tak ensuite dengan bathroom so we had to share. Walau bagaimanapun, tak perlu risau sebab ade 4 bilik mandi dan  2 toilet yang bersih dan dijaga dengan baik. Toilet pun ade air, so senang la kita nak membuang apa yang patut.

Other facilities seperti iron, hair dryer (not so good), toaster, pantry, fridge turut di sediakan. Kalau boring boleh cerita kat flat screen tv kat living room. (kalau faham la). Kalau nak online or transfer gambar pun ada satu PC yang perlu share dengan guest yang lain. So far so good. Bulan pun sangat membantu.. :)

Lepas nie jom kita explore Soul of Asia nie okay. Next entry kita pergi tengok tempat orang kunci cinta nak?


MY BED.. Katil double decker and aku kat atas :(
NOTICE BOARD... guest dekat sini boleh tulis ucapan diaorang dan tampal dekat sini. Banyak juga orang Malaysia stay kat sini kan. Tapi yang sedih kita orang lupa la nak tulis. Busy sangat berjalan...(gitue)


INFO:
- IS@K Guest House: 20,000 satu malam untuk seorang

No comments:

Post a Comment