Wednesday, 10 October 2012

MUKADIMAH: Korea Trip Gurlfrenz Style

Assamualaikum...

Akhirnya aku cuba menrajinkan diri untuk tulis entry mengenai cuti-cuti bajet aku untuk tahun ini. Kalau tahun lepas cuti-cuti gurlfrenz + 1 boyfren ke Kota Kinabalu Sabah, tapi tahun ini kami terbang lebih jauh sikit iaitu ke Seoul, South Korea. Tahun ini, boyfren kami si Syahril tu tak ikut. Tu dia... Dah pandai g berjalan-jalan sendiri dah gurlfrenz nie sampai tinggalkan Ahmed Syahril. Ishh... Bukanlah macam tu, Syahril tetap favourite boyfren yang sporting pasal nak plan trip jalan-jalan ini okay.

Jadi pada 6 September hingga 9 September lalu bermulalah kisah cuti-cuti bajet kami di bumi yang terkenal dengan Winter Sonata, Wonder Girls dan terbaru 'Oppa Gangnam Style'. Sebenarnya kita orang dah booked flight tickets lebih awal masa Air Asia buat promotion dengan harga RM767 (pergi dan balik). Kalau tak salah booked ticket tu masa bulan March. Masa tu, gurlfren kita orang, Ana baru balik dari cuti-cuti Korea dengan kawan-kawan dia. So mendengar cerita dia yang pergi bercuti time musim sejuk tu kami pun terujalah. Well.. inilah yang dikatakan pengaruh rakan sebaya kan...hahaha...

Baiklah, bair aku perkenalkan gurlfrenz yang pergi trip ini. Tidak lain dan tidak bukan mereka adalah yang colleagues gak iaitu Rosalinda (The Thinker), Lin (The Big Sister), Asliza (The Ex-stewardess) dan Ayu (The Model). Setiap seorang ada watak dan peranan masing-masing okay.. haha.. (tapi main2 je)

Okay, enough merepek. Trip kami ini sangat singkat dan saya tidak cadangkan untuk siapa-siapa sahaja untuk pergi ke Korea or mana-mana tempat yang jauh dalam masa yang singkat begini. Banyak tempat tak explore. Sangat rugi tau. Memandangkan kami semua colleagues dan berkerja dalam media, jadi untuk cuti bersama dalam jangka masa panjang adalah sesuatu yang agak susah. Masa beli ticket pun tawakal je sebab takut Pilihanraya Umun 13 (PRU-13) buat masa tu. (Walaupun bukan kami yang bertanding kan..haha)

Anyway, masa trip kami tu baru permulaan musim autumn so suhu tak terlalu sejuk and tak panas sangat. (nampak panas tapi angin sejuk). So harap dapat berkongsi pengalaman percutian bajet nie. Next entry, kita pergi cari tempat untuk tumpang tido yer.


SEOUL dari atas...Bleh nampak ke??huhu

TIBA di Incheon International Airport pada pukul 7.20 a.m (waktu Korea)

6 jam perjalanan dalam nie.
(From left) Rosalinda, Asliza, Lin (tudung biru x pandang camera tu) dan Ayu.

WAIT for my turn untuk check imigresen

TRAIN untuk keluar.

TAPI kami tak ke Gangnam pun..huhu

INILAH kad T-Money untuk naik public transport
INFO:

-Flight dari LCCT ke Incheon International Airport ambil masa 6 jam.
- Waktu South Korea cepat satu jam dari kita jadi kalau Malaysia pukul 5 petang dekat sana pukul 6 petang.
-Mata wang Won. Rate Money changer: 1,000 Won = RM2.90
- Sampai Korea beli T-Money card dekat 7-Eleven untuk naik pengangkutan awan (bus dan subway). Harga card 2,500 Won (kosong) pastu kami top-up 30,000 Won. (cukup untuk sepanjang trip).
- Jumpa maps or segala macam pamplet ambil aje untuk jadi guide.

No comments:

Post a Comment