Caffe Bene adalah antara coffee house chain yang sangat popular di sini. Kat mana je kita orang pergi mesti nampak cafe nie. Starbuck tak layan ok walaupun ada juga wujud di sini. Utamakan product jenama tempatan gitu. Tabik spring kali ke-3.
Jadi, haruslah aku mengedik ajak gurlfrenz singgah gak kat sini. Dan aku pun berjaya mempengaruhi mereka. (Actually, sebab dia orang pun dah penat berjalan..hehe)
Memandang kami berada di Myeondong (subway line 4) jadi Caffe Bene di sini menjadi pilihan. Dan yang paling aku suka sebab ia tempat sama seperti tempat aku aim nak datang masa aku reserach kat internet dulu. Caffe Bene kat sini besar and nampak cantik sangat, sesuai la nak berposing sana sini yer..huhu.. Kedudukan memang betul-betul dekat subway so tak perlu risau.
INILAH Caffe Bene yang berada dekat dengan stesen subway di Myeong-dong |
SEBELUM pergi minum, kita posing dulu..hehe |
Bagi membasah tekak dan mengalas perut, aku pun order Ice Blended Chocohip (5,800 Won) dan Blueberry Yogurt Waffle (4,000 Won). Agak mahal gak la.. Kalau kat Malaysia memang aku tak beli la waffle harga sampai RM12. Tapi dah sampai kat sini, cuba ajela. Kecik je saiz waffle tu. Ayu pun beli waffle ini tapi dia ambil topping cream cheese (harga sama). Asliza dan Lin minum Ice Lemon Tea (5,500 Won) manakala Rosalinda..ehh..Rossa beli apa erk..aku dah x ingat.. hehe..
PILIH apa yang order okay.. |
MY bills |
BLUEBERRY Yogurt Waffle = 4,000 Won |
ICE Blended Chocochip = 5,800 Won |
MOST cafe kat Korea akan bagi benda alah nie bila kita order makanan. Bila lampu pada benda alah ini berkelip maknanya order kita dah siap so boleh pergi pick up. Senang kan.. |
Okay, kat sini aku letak gambar cafe-cafe yang sempat snap gambarnya. Banyak lagi tau. Best tengok.
Selepas Myeongdong, maka tamatlah hari pertama kami di South Korea. Actually, masa balik tu sesat. Tapi panjang kalau nak cite. Jadi entry seterusnya kita pergi jauh sikit la. Pergi tempat yang sinonim dengan drama Sonata Musim Salju.
No comments:
Post a Comment