Friday, 26 October 2012

Korean Coffee House: Caffe Bene

Kereta dan produk kecantikan bukan sahaja brand local yang menjadi kebanggaan orang Korea. Malah kedai kopi atau pun coffee house pun they do local style okay.

Caffe Bene adalah antara coffee house chain yang sangat popular di sini. Kat mana je kita orang pergi mesti nampak cafe nie. Starbuck tak layan ok walaupun ada juga wujud di sini. Utamakan product jenama tempatan gitu. Tabik spring kali ke-3.

Jadi, haruslah aku mengedik ajak gurlfrenz singgah gak kat sini. Dan aku pun berjaya mempengaruhi mereka. (Actually, sebab dia orang pun dah penat berjalan..hehe)

Memandang kami berada di Myeondong (subway line 4) jadi Caffe Bene di sini menjadi pilihan. Dan yang paling aku suka sebab ia tempat sama seperti tempat aku aim nak datang masa aku reserach kat internet dulu. Caffe Bene kat sini besar and nampak cantik sangat, sesuai la nak berposing sana sini yer..huhu.. Kedudukan memang betul-betul dekat subway so tak perlu risau.


INILAH Caffe Bene yang berada dekat dengan stesen subway di Myeong-dong

SEBELUM pergi minum, kita posing dulu..hehe
Harga makan dan minum lebih kurang macam Starbuck kat Malaysia. (Pergi Starbuck kat Malaysia pun jarang g kot.. Haha). Seperti coffee  yang lain, Caffe Bene mestilah jual coffee, hot and cold beverages, pastries, croissants, sandwiches, waffles, gelato, and so forth.

Bagi membasah tekak dan mengalas perut, aku pun order Ice Blended Chocohip (5,800 Won) dan Blueberry Yogurt Waffle (4,000 Won). Agak mahal gak la.. Kalau kat Malaysia memang aku tak beli la waffle harga sampai RM12. Tapi dah sampai kat sini, cuba ajela. Kecik je saiz waffle tu. Ayu pun beli waffle ini tapi dia ambil topping cream cheese (harga sama). Asliza dan Lin minum Ice Lemon Tea (5,500 Won) manakala Rosalinda..ehh..Rossa beli apa erk..aku dah x ingat.. hehe..


PILIH apa yang order okay..

MY bills

BLUEBERRY Yogurt Waffle = 4,000 Won

ICE Blended Chocochip = 5,800 Won

MOST cafe kat Korea akan bagi benda alah nie bila kita order makanan. Bila lampu pada benda alah ini berkelip maknanya order kita dah siap so boleh pergi pick up. Senang kan..
Dari pemerhatian aku, aku dapati orang Korea ini suka benda-benda yang chomel-chomel. Kenapa? Sebab banyak sangat cafe yang ala comel (sesuai ke perkataan ini...hehe) dekat sini. And one more thing, they love their coffee. Banyak coffee house kat sini. Best aku tengok cafe kat sini.Walaupun aku tak minum kopi..hehe.. Lagi teruja untuk capai angan-angan aku untuk ada cafe+bakery one day.. (alahai..berangan la..hehe)

Okay, kat sini aku letak gambar cafe-cafe yang sempat snap gambarnya. Banyak lagi tau. Best tengok.





Selepas Myeongdong, maka tamatlah hari pertama kami di South Korea. Actually, masa balik tu sesat. Tapi panjang kalau nak cite. Jadi entry seterusnya kita pergi jauh sikit la. Pergi tempat yang sinonim dengan drama Sonata Musim Salju.

Shopping beauty product and cosmetic at Myeong-dong

Sekarang barulah aku tahu rahsia kecantikan orang-orang Korea ini. Patutla dia orang ini cantik and kacak. Rupa-rupanya beauty product and cosmetic kat sini murah gile. Bayangkan harga untuk satu mask adalah 1,000 Won bersamaan RM3. Mana mau dapat harga ini kalau bukan di Korea.

Tak percaya ke? Ingat ini cap ayam!.. Ishh... bukanlah sebab aku pun ada juga jumpa mask yang ala-ala cap ayam tapi itu lagi la super duper murahnya. Ini aku bercakap pasal jenama terkenal Korea seperti The Face Shop, Etude House, Nature Republic dan Skin Food. Bagi aku jenama ini pun dah kira oklah untuk kami yang cuti-cuti ala bajet ini. Lebih mahal dari tu kot tak mampu la..huhu..

Untuk shopping barang-barang ini kami memilih untuk datang ke Myeong-dong sebab orang kata kat sini ada shopping mall untuk membeli-belah. Nak sampai ke sini kami semua naik subway line 4 dan turun di stesen Myeong-dong. Keluar sahaja daripada stesen, dekat atas memang sudah sampai ke kawasan shopping.  


SAMPAI sudah di Myeong-


Barang-barang kecantikan ini pun ok juga untuk dijadikan buah tangan untuk frenz and family. Sebenarnya, aku tak pernah guna pun mana-mana product ini. Tapi memandangkan ia murah dan barangannya nampak diperbuat dari bahan natural so aku pun tak kesahlah mencuba. So kat sini aku beli mask dari The Face Shop dan Etude House dengan harga 1,000 Won setiap satu. Lepas itu aku tint lip balm (4,000 Won) dan BB Cream serta Volumer (ada promo bila beli dua ini sekali harga bila covert dal RM72) dekat Etude House. Apa yang best lagi, bila masuk kedai je dah dapat free gift. Bila dah beli lagi la banyak sampel yang diberi. Us, Malaysian kan suka free gift ini..huhu..

BEST tengok beauty product dekat Etude House nie.. Tapi mostly tengok ajelah...(bajet katanya..haha)

AMBIL gambar sendiri..
Bila jalan dekat sini, aku tengok banyak sangat kedai yang jual beauty product ini. Malahan bukan setakat dekat Myeong-dong sahaja, dekat tempat lain pun sama. Mungkin orang Korea ini agak obses dengan kecantikan. And yes, ramai kot orang kat kedai-kedai. What can I say, everyone wanted to look like a K-Pop star maybe. Tapi yang pastinya mereka ini memang prefer local brand. Susahlah nak jumpa brand luar. Lagi sekali tabik spring.

SUDAH siap membeli-belah
HASILNYA...tapi mask The Face Shop tu share 3 orang.. (bajet uols...huhu)
Rahsia kecantikkan kita sudah tahu. Penat berjalan-jalan nie, jadi apa kata entry seterusnya kita pergi minum2 dekat Caffe Bene. Dengar cerita popular gak cafe ini kat sana.

Sunday, 14 October 2012

N Seoul Tower: Love Locks and Teddy Bear Museum

Sukarnya untukku berpisah denganmu
Kau kunci cintaku didalam hatimu
Meronta hatiku menangis kernamu
Kau kunci cintaku didalam hatimu


                                     by Ramlah Ram


Assalamualaikum..

Haaa... Jangan la pelik kenapa aku mulakan entry kali ini dengan lagu Ramlah Ram ini. Bukan apa, ini kerana ada kaitannya dengan tempat aku dan gurlfrenz g melewat tau. But no worries no hearts were harm in the making of this journey.. haha..

Jadi destinasi hari pertama kami adalah ke N Seoul Tower yang terletak di atas Namsan Mountain jadi bila orang sebut Namsan Tower jangan la pelik sebab ia adalah tempat yang sama. Actually, itu ditujukan pada aku sebenarnya yang tak tahu rupanya sama tempat yang sama.. hehe..

Daripada guest house, Rosalinda (the thinker) dapatkan penerangan daripada Bulan. Bulan suggest kami pergi ke sana naik teksi. Kata Bulan "Korean taxi is the cheapest,". Memandangkan kami 5 orang so terpaksalah berpecah naik dua teksi. Aku (Lin) naik dengan Lin (Lin naik dengan Lin gitu) dan satu lagi teksi Rosalinda, Asliza dan Ayu.

Tambang teksi kami 3,000 Won  dan aku dengan Lin sampai kat kaki Bukit Namsan dulu. Tunggu punya tunggu tapi tiga lagi gadis itu tak kunjung tiba. Kami mula resah. Apa jadi dengan diaorang ini. Adakah kena culik? Uhh.. tidak. Jadi, kami decided untuk naik ke atas, dengan harapan jumpa dia orang di sana.

Untuk naik atas bukit boleh naik bas Namsan Tour nombor 02, 03 dan 05. Jangan risau kalau tak tahu dekat mana kita punya stop sebab announcement dalam bas untuk stops dalam bas ada dalam dwi-bahasa (Korea and English). Bila sampai kita kena berjalan naik bukit tu sikit. Walaupun penat tapi oklah. Tak berpeluh pun, sejuk je..hehe..


LEPAS turun bas, kena berjalan naik ke atas untuk ke N Seoul Tower.

BERHENTI penat sampai ambil gambar dulu.. huhu

NAMSAN Tower pada waktu petang.
Bila dah sampai atas pun masih tidak nampak budak 3 orang ini. Haa... sudah. Dah la wireless pun tak ada. Kalau tak boleh la BBM ke, Whatapps ke, tak pun fb. (kami runsing).

Tapi dikala kerunsingan itu sempat lagi kami membelek dan mengedik bergambar di Love Locks dulu.. huhu (ok.. Guilty). 


PERKARANGAN N Seoul tower
NAK tengok Love Locked nie free je sebab terletak di sekitar perkarangan tower tu.

MODEL-MODEL Korea tengah photoshoot.
Love Locks adalah salah satu attraction di Namsan Tower di mana terdapat beribu-ribu padlocks yang tergantung di pagar dan ada juga yang diletak pada structure yang sudah membentuk seperti pokok krismas. Setiap padlocks ini belongs to a couple yang turut menulis mesej cinta mereka di atasnya. Dipercayai, jika pasangan ini mengunci kunci mereka di situ dan membuang anak kuncinya maka cinta mereka akan kekal selamanya. Romantic or what? (hmmm... no comment)

Since I'm still holding a record of being single for 26 years of my life. So I'm not locking anything up there.

KONON like don't care...(iyela tu...haha)

KAU kunci cinta ku di pokok... hahaha..
Anyway, kembali kepada pencarian tiga orang sahabat yang hilang itu. Aku dan Lin decided untuk turun semula pada ke bus stop tempat kami turun tadi. Sudah lebih sejam tidak jumpa jadi aku pun mengambil keputusan untuk call mereka. Dapat je call terus cakap laju dan minta diaorg naik ke atas (maklumla cas mahal kot).

Bila jumpa diaorg kat atas rupanya pemandu teksi dia orang hantar ke cable car and not to the bus stop. Patutla tak jumpa kan. So untuk tak mahu lenggahkan lagi masa yang sudah pun lari dari itinerary, kami terus beli tiket untuk masuk dalam Teddy Bear Museum dengan harga 8,000 Won.

SUSU Strawberry = 1,200 Won


TIKET masuk Teddy Bear Museum = 8,000 Won

AKHIRNYA the whole gang berjumpa kembali....



WAKTU malam, Namsan Tower nampak cantik dengan lampu yang pelbagai warna (Time ini dalam pukul 7 p.m)
Kalau ikut itinerary kami, tempat yang kami nak pergi lepas ini ke Namsangol Hanok Village tapi malangnya sesat lagi. Lepas tu kami mencari naik subway ke Myeong-dong. Dekat sini aku discover rahsia kecantikan orang Korea. Next entry aku cite pasal tu okay.

Thursday, 11 October 2012

IS@K Guest House pilihan bajet ku

Hari pertama kami di Seoul bermula selepas sampai di Incheon International Airport dan kemudian menaiki bas which cost us 15,000 Won (guna T-money) untuk ke hostel kami di Itaewon. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Kerana perjalanan yang agak panjang tu, aku pun sempat la buat observation dan buat teori sendiri. (Dah xde keje.. haha). Aku tengok jalan raya dekat Seoul ini tak jam sangat berbanding KL. Lepas tu, kereta kat sini banyak yang local. There's Hyundai, another Hyundai, Hyundai again, oh there's Kia, Hyundai lagi and yeah baru nampak satu BMW. In conclusion, they do local down here okay. Tabik spring skali.



NAMPAK tak tanda kat tengah jalan tu. Itu tanda U-turn tu. Yup U-turn di tengah jalan tanpa ada pembahagi jalan. Takut aku nak wat U-turn sini...huhu
Selepas mengharungi perjalanan yang agak panjang, kami pun sampailah ke Itaewon. Yippie, terasa berada di oversea sangat bila merasakan angin yang sejuk di permulaan musim luruh. Namun rasa sejuk itu sudah mula tidak terasa apabila kami mundar-mandir sebab sesat mencari our hostel. Dalam setengah jam adalah gak tawaf Itaewon tapi akhirnya kami sampai gak ke IS@K Guest House, di Yongsan-Ku.


TUDIA pintu gerdang Itaewon.

Memang happy bila dah jumpa tapi rupanya Guest House tu dekat tingkat empat la pulak. Adoyai, dalam kepenatan tapi kena la naik juga kan. Nasib baik kedatangan kami di sambut mesra oleh pekerja guest house tu. Nama dia Moon tapi kita orang pakai dia Bulan (nama manja gitu..hehe).


Sorrylah, gambar interior and exterior guest house tu tak ambil la pulak. Yang ada sikit je and tak detail pun. Jadi klu nak tengok gambar, ini link ke website dan Facebook dia orang.Aku for the next-next punya entry ada gak pix kat situ.. Tapi so far aku berpuas hati. Dekat sini ade female dorm, male dorm and mix dorm. Female dorm untuk enam orang so kita orang da conquer bilik tu okay. (nama dorm kami Paris..hehe)

Tapi bilik tu tak ensuite dengan bathroom so we had to share. Walau bagaimanapun, tak perlu risau sebab ade 4 bilik mandi dan  2 toilet yang bersih dan dijaga dengan baik. Toilet pun ade air, so senang la kita nak membuang apa yang patut.

Other facilities seperti iron, hair dryer (not so good), toaster, pantry, fridge turut di sediakan. Kalau boring boleh cerita kat flat screen tv kat living room. (kalau faham la). Kalau nak online or transfer gambar pun ada satu PC yang perlu share dengan guest yang lain. So far so good. Bulan pun sangat membantu.. :)

Lepas nie jom kita explore Soul of Asia nie okay. Next entry kita pergi tengok tempat orang kunci cinta nak?


MY BED.. Katil double decker and aku kat atas :(
NOTICE BOARD... guest dekat sini boleh tulis ucapan diaorang dan tampal dekat sini. Banyak juga orang Malaysia stay kat sini kan. Tapi yang sedih kita orang lupa la nak tulis. Busy sangat berjalan...(gitue)


INFO:
- IS@K Guest House: 20,000 satu malam untuk seorang

Wednesday, 10 October 2012

MUKADIMAH: Korea Trip Gurlfrenz Style

Assamualaikum...

Akhirnya aku cuba menrajinkan diri untuk tulis entry mengenai cuti-cuti bajet aku untuk tahun ini. Kalau tahun lepas cuti-cuti gurlfrenz + 1 boyfren ke Kota Kinabalu Sabah, tapi tahun ini kami terbang lebih jauh sikit iaitu ke Seoul, South Korea. Tahun ini, boyfren kami si Syahril tu tak ikut. Tu dia... Dah pandai g berjalan-jalan sendiri dah gurlfrenz nie sampai tinggalkan Ahmed Syahril. Ishh... Bukanlah macam tu, Syahril tetap favourite boyfren yang sporting pasal nak plan trip jalan-jalan ini okay.

Jadi pada 6 September hingga 9 September lalu bermulalah kisah cuti-cuti bajet kami di bumi yang terkenal dengan Winter Sonata, Wonder Girls dan terbaru 'Oppa Gangnam Style'. Sebenarnya kita orang dah booked flight tickets lebih awal masa Air Asia buat promotion dengan harga RM767 (pergi dan balik). Kalau tak salah booked ticket tu masa bulan March. Masa tu, gurlfren kita orang, Ana baru balik dari cuti-cuti Korea dengan kawan-kawan dia. So mendengar cerita dia yang pergi bercuti time musim sejuk tu kami pun terujalah. Well.. inilah yang dikatakan pengaruh rakan sebaya kan...hahaha...

Baiklah, bair aku perkenalkan gurlfrenz yang pergi trip ini. Tidak lain dan tidak bukan mereka adalah yang colleagues gak iaitu Rosalinda (The Thinker), Lin (The Big Sister), Asliza (The Ex-stewardess) dan Ayu (The Model). Setiap seorang ada watak dan peranan masing-masing okay.. haha.. (tapi main2 je)

Okay, enough merepek. Trip kami ini sangat singkat dan saya tidak cadangkan untuk siapa-siapa sahaja untuk pergi ke Korea or mana-mana tempat yang jauh dalam masa yang singkat begini. Banyak tempat tak explore. Sangat rugi tau. Memandangkan kami semua colleagues dan berkerja dalam media, jadi untuk cuti bersama dalam jangka masa panjang adalah sesuatu yang agak susah. Masa beli ticket pun tawakal je sebab takut Pilihanraya Umun 13 (PRU-13) buat masa tu. (Walaupun bukan kami yang bertanding kan..haha)

Anyway, masa trip kami tu baru permulaan musim autumn so suhu tak terlalu sejuk and tak panas sangat. (nampak panas tapi angin sejuk). So harap dapat berkongsi pengalaman percutian bajet nie. Next entry, kita pergi cari tempat untuk tumpang tido yer.


SEOUL dari atas...Bleh nampak ke??huhu

TIBA di Incheon International Airport pada pukul 7.20 a.m (waktu Korea)

6 jam perjalanan dalam nie.
(From left) Rosalinda, Asliza, Lin (tudung biru x pandang camera tu) dan Ayu.

WAIT for my turn untuk check imigresen

TRAIN untuk keluar.

TAPI kami tak ke Gangnam pun..huhu

INILAH kad T-Money untuk naik public transport
INFO:

-Flight dari LCCT ke Incheon International Airport ambil masa 6 jam.
- Waktu South Korea cepat satu jam dari kita jadi kalau Malaysia pukul 5 petang dekat sana pukul 6 petang.
-Mata wang Won. Rate Money changer: 1,000 Won = RM2.90
- Sampai Korea beli T-Money card dekat 7-Eleven untuk naik pengangkutan awan (bus dan subway). Harga card 2,500 Won (kosong) pastu kami top-up 30,000 Won. (cukup untuk sepanjang trip).
- Jumpa maps or segala macam pamplet ambil aje untuk jadi guide.