Thursday, 19 April 2012

Bila gadis jumpa dresses = Marry Merry

MARRY MERRY di Southgate, Chan Sow Lin, KL.

Sabtu lalu, aku and my gurl friends daripada office telah keluar bersama dengan satu tujuan iaitu untuk mendapatkan dress and accesories untuk dinner kami this week. Since aku dan Rosalinda sudah pun membuat survey terlebih dahulu masa cuti umum hari Rabu lalu dekat Pavilion, so kami da tahu dekat mana dress yang cantik dan affordable boleh ditemui.

Butik pilihan adalah Marry Merry sebab ada banyak dress yang super cute, gile glamourus, hot and spicy serta keba boom kat sana. Tapi apa yang paling penting harga dia okay. Berpatutan la untuk kita orang nie yang nak dress yang chantek but at the same time tak nak sampai pokai.

Niat kami memang nak pergi dekat Marry Merry di Pavilion tapi oleh kerana cik Rosalinda lambat datang ke pit stop kami so dia suggest kita orang pergi breakfast dulu kat kawasan berhampiran iaitu Southgate, Jalan Dua, Chan Sow Lin. Namun tujuan kami ke sana bukanlah breakfast. Tapi masih lagi dengan misi mencari baju 'Bling Bling'. Yup, 'Bling Bling', itulah tema dinner. Walaupun tak gemar sangat tema itu tapi terpaksalah.

SNAP SNAP

Jadi Aishah, Mairah dan aku pun pergilah ke Southgate. Masa dalam kereta Mairah inform yang our colleague beritahu yang Marry Merry pun ada kat situ. Bila sampai memang ada store tu kat sana and even better because it's like three times bigger than the one in Pavilion. So apa lagi, mula la mengila kami cari baju kat situ.

Apa yang buat ak tertarik dengan Marry Merry ini sebab dresses nya memang pelbagai. I mean kalau nak sexy and tight ada, nak yang ladylike
ada, ala princess ada, and comel-comel pun ada. Harganya bagi aku agak berpatutan sebab dah pergi tengok butik lain yang jual dresses untuk special occasion macam ini. Harganya memang gile bapak dia punya mahal.

Harga kat sini, bagi dress yang paling murah aku jumpa adalah RM99. Price range start berapa itu, I'm not sure because ini harga yang aku jumpa dan bukan berdasarkan fakta dari sales person.

ANTARA dress yang aku cuba. Love it but this is not the one.

DRESS yang aku suka




TIPS untuk shopping: pakai la slipar jepun.. haha..
Berjam-jam gak kami berkampung kat situ sampai Rosalinda dan Azryn datang. Itu, ini baju yang kami try. Dah buat macam rumah sendiri da. Haha.. Lagipun datang dari pagi. Orang pun tak ramai kat Southgate tu. So memang amat selesa la walking around the store (in their dress..haha) mencari dress pilihan hati. Tapi sales person kat situ ok and friendly. Bagi je kami try macam-macam dress sampai kami jumpa the One. (Amboi macam pilih laki la plak..) Thanks yer cik Marry Merry yang banyak membantu.

Masa dekat situ aku ada top three dress yang aku suka. Satu, dress macam ala santai skit. Ada dua color iaitu biru lembut and cream. Kawan-kawan aku cakap "Cantik tapi biasa sahaja. Sesuai untuk pergi picnic or dating," kata mereka. Kedua, dress labuh color cream yang loose, konon-konon nampak suci gitu..haha... Yang nie dapat sokongan padu dari kawan-kawan aku. Last, grey color dress tube yang kembang di bawah with ribbon kat belakang. Ok. Dress ini sangat aku. Skrit kembang n ribbon is so my thing. But kawan-kawan lebih suka me in the second dress. So yang manakah jadi pilihan aku? tunggu that night lah.. huhu..

No comments:

Post a Comment