Sunday, 25 March 2012

Nasi Briyani Claypot @ Restoran Kapitan, Penang

Pix from :http://www.globaltravelmate.com (masa tu terlupa nak snap sendiri.. haha)
Masa berada dekat Pulau Mutiara hari itu, kawan aku Fiza ajak kami pergi makan kat Restoran Kapitan, di Lebuh Chulia, Georgetown. Dia cakap Nasi Briyani Claypot kat situ sedap. Mula-mula kita orang tak excited sangat sebab kami ingat dia nak ajak pergi kat kedai nasi kandar ke. Si Fiza nie gemar gak nasi kandar gak. huhu..

Bila sampai tengok kedai memang macam ala-ala kedai nasi kandar gak tapi tengok menu lain sikit. Macam menarik je. Oleh kerana telah di rekemen Fiza, akhirnya kami semua order menu yang sama. Menu pilihan adalah Nasi Briyani Claypot lauk Ayam dengan harga RM10.90.




Nasi Briyani Claypot with Tandoori Chicken (tapi nampaknya serve dalam bekas nie bukan claypot dah)
Dia punya portion agak besar. Nasi itu guna beras basmathi yang di masak guna rempah ratus dia la served with quarter of Ayam Tandoori yang memang best, aroma dan juga rasanya. Lepas tu nasi nie di makan dengan tiga jenis kuah - kuah dal, kauh kari dan kuah color putih tu kawan aku cakap kuah yogourt.



Nasi Briyani nie bila nak makan pandai-pandai sendiri la terbalikkan ke atas pingan sebab tula comot skit my place nie. huh



yummilicious.....
Frankly speaking, briyani kat sini memang sedap. Aku rasa ini briyani paling best yang aku pernah makan. Bukan nak mengampu ke apa. Tak ada share pun. hahaha... Sebab nasi dia pun bau wangi and nasi tu sebiji-sebiji (maksudnya x lembek or tak keras. Just nice je). Cuma yang kuah yogurt tu aku tak pandai nak makan la. Biasalah orang kampung. hahaha.




Kami suka makan
Lepas ini, Restoran Kapitan mark as one of the places I love in Penang. :)

No comments:

Post a Comment