Wednesday, 16 May 2012

Fenomena Harum Manis

HARUM MANIS menjadi trademark negeri Perlis
BAHAGIANYA jadi orang Perlis...sebab Perlis ada mempelam Harum Manis. Uniknya sebab buah mempelam ini hanya terdapat dan ditanam di negeri paling utara tanah air ini sahaja. Mungkin sebab tanah dekat Perlis ini memang sesuai untuk tanam buah jenis tersebut kot.

Anyway, masa aku balik kampung baru-baru ini, aku sempat untuk menikmati dan memborong buah yang Harum baunya dan Manis isinya itu. Musim bagi buah mempelam ini adalah sekitar April hingga Jun. Masa aku balik kampung dulu adalah hujung bulan April dan masa tu baru permulaan musim dan hanya terdapat satu gerai sahaja yang menjual buah itu.

MASA aku sampai sudah ada sebuah bas yang terlebih dahulu singgah ke gerai ini. Mak aku pun berebut gak la untuk dapatkan buah untuk aku bawa balik KL..haha..

HARUM MANIS
Tapi aku rasa sekarang ini sudah banyak kedai yang buka dekat tepi-tepi jalan. Walau bagaimanapun kepada pelancong daripada luar negeri Perlis, kamu semua kena berhati-hati bila nak beli buah mempelam nie. Bukan apa, untuk memastikan buah mempelam anda betul harum dan manis serta tidak rosak or berulat kat dalam, jadi kenalah beli pada mereka yang menjual Harum Manis daripada ladang FAMA. Kalau beli yang orang kampung punya pokok, mungkin buah tu buruk di dalam. So tak nak lah bayar mahal tapi tidak boleh makan kan.

Sebut pasal harga, memang harganya agak mahal daripada mempelam biasa yang lain. Pada masa aku beli tu ada tiga rate harga iaitu 1 kg bersamaan RM15 bagi gred A, RM14 (gred B) dan RM13 (gred C). Satu kilo tu lebih kurang tiga biji gitu. Namun, walaupun costly tapi ramai je yang beli. Maklumlah, hanya di Perlis katanya...huhu...

BUAH gred A dan B. Gred A dah tinggal tiga biji je..
GERAI yang aku beli
Bentuk buah Harum Manis ini sederhana sahaja. (Bergantung pada gred) Kulitnya berwarna hijau dan isinya berwarna kuning kemerahan. Selain makan begitu sahaja, buah ini juga boleh dimakan dengan pulut. (Bagi aku 'sungguh enak di makan begitu saja')

Bagi yang teringin nak makan buah Harum Manis yang asli, so better la datang ke Perlis sementara tengah musim ini. Kalau nak pergi ke Ladang Harum Manis di Jalan Bukit Bintang pun boleh. (Aku beli kat kedai tepi jalan je)

No comments:

Post a Comment