Wednesday, 16 May 2012

Fenomena Harum Manis

HARUM MANIS menjadi trademark negeri Perlis
BAHAGIANYA jadi orang Perlis...sebab Perlis ada mempelam Harum Manis. Uniknya sebab buah mempelam ini hanya terdapat dan ditanam di negeri paling utara tanah air ini sahaja. Mungkin sebab tanah dekat Perlis ini memang sesuai untuk tanam buah jenis tersebut kot.

Anyway, masa aku balik kampung baru-baru ini, aku sempat untuk menikmati dan memborong buah yang Harum baunya dan Manis isinya itu. Musim bagi buah mempelam ini adalah sekitar April hingga Jun. Masa aku balik kampung dulu adalah hujung bulan April dan masa tu baru permulaan musim dan hanya terdapat satu gerai sahaja yang menjual buah itu.

MASA aku sampai sudah ada sebuah bas yang terlebih dahulu singgah ke gerai ini. Mak aku pun berebut gak la untuk dapatkan buah untuk aku bawa balik KL..haha..

HARUM MANIS
Tapi aku rasa sekarang ini sudah banyak kedai yang buka dekat tepi-tepi jalan. Walau bagaimanapun kepada pelancong daripada luar negeri Perlis, kamu semua kena berhati-hati bila nak beli buah mempelam nie. Bukan apa, untuk memastikan buah mempelam anda betul harum dan manis serta tidak rosak or berulat kat dalam, jadi kenalah beli pada mereka yang menjual Harum Manis daripada ladang FAMA. Kalau beli yang orang kampung punya pokok, mungkin buah tu buruk di dalam. So tak nak lah bayar mahal tapi tidak boleh makan kan.

Sebut pasal harga, memang harganya agak mahal daripada mempelam biasa yang lain. Pada masa aku beli tu ada tiga rate harga iaitu 1 kg bersamaan RM15 bagi gred A, RM14 (gred B) dan RM13 (gred C). Satu kilo tu lebih kurang tiga biji gitu. Namun, walaupun costly tapi ramai je yang beli. Maklumlah, hanya di Perlis katanya...huhu...

BUAH gred A dan B. Gred A dah tinggal tiga biji je..
GERAI yang aku beli
Bentuk buah Harum Manis ini sederhana sahaja. (Bergantung pada gred) Kulitnya berwarna hijau dan isinya berwarna kuning kemerahan. Selain makan begitu sahaja, buah ini juga boleh dimakan dengan pulut. (Bagi aku 'sungguh enak di makan begitu saja')

Bagi yang teringin nak makan buah Harum Manis yang asli, so better la datang ke Perlis sementara tengah musim ini. Kalau nak pergi ke Ladang Harum Manis di Jalan Bukit Bintang pun boleh. (Aku beli kat kedai tepi jalan je)

Thursday, 3 May 2012

Bling Bling Nite Utusan Malaysia

BLING BLING NITE red carpet... (perasan retis masing2..haha)
ALAHAI... Hampir dua minggu baru aku nk update pasal dinner Bling Bling Nite Utusan Malaysia. Kalau tulis berita selambat ini memang dah kena pecat la aku. Tapi memandangkan kat sini I am my own boss so aku punya suka la..huhu

Bling Bling Nite atau lebih dikenali sebagai Malam Jalan Lima (Bling Bling was just a theme) bagi kali ini telah diadakan di Palm Garden Hotel IOI Resort, Putrajaya. Actually tiga kali tukar tempat dan tarikh kot. Gitulah kan, bila dalam media nie. Tetiba ada orang nak berdemostrasi so kita pun kene anjakkan tarikh kita demi mereka. (Ewww...ok jangan spoil blog aku dengan politik kotor nie)

Anyway, terima kasih Utusan sebab buat majlis yang penuh cemerlang gemilang terbilang nie. (Cewahh). Terasa dihargai penat lelah, peluh-meluh, berpanas terik, berhujan-hujan, bersesat-sesat semasa menjalankan kerja dan pergi assignment. Love the goodies so much.


OUR table

MENU malam ini adalah....
TIKET cabutan bertuah kami. Tapi kami tak bertuah pun :(
DIDIE ALIAS sebagai host
Sebenarnya ini kali pertama aku ke Malam Jalan Lima nie sebab dinner nie bukan diadakan setiap tahun okay. Media Night yang dianjurkan oleh agensi luar dan syarikat korporat untuk media memang la ada tapi tak sama la bila company kita buat sendiri untuk kakitangannya. Sebab most of our colleagues ada and everyone dress so nice, so beautiful and so handsome. huhu...

Hadiah-hadiah untuk cabutan bertuah malam tu pun boleh tahan. Tapi seperti biasalah aku nie tidak tergolong dalam golongan bertuah. Namun, Alhamdulillah, team kami yang mewakili Pengarang untuk persembahan menang tempat kedua. Tak sangka sebab kami pun buat dalam paksa rela. Kitaorang punya team ramai sebab buat persembahan ala flash mob. Tapi seriously aku banyak luap step. Memang tak ada skill langsung. hahah... Pemenang tempat utama adalah wakil dari unit Library. Persembahan dia orang memang best pun. Penuh dengan sejarah. Biasalah, Library you all. Tapi tak boring dan sangat menarik dan menambah ilmu pengetahuan.

Tapi sayang sikit aku tak berapa suka my dress. It's nice but I should have choose the third dress that I try... hmm...Apa-apa we had so much fun that night.

:(
WITH good friend of mine in office


TEAM Pengarang. Kesian, walaupun wartawan lebih banyak lelaki tapi hanya CJ dan Fairus sahaja yang very supporting untuk join sekali untuk persembahan kena paksa nie. Apa-apa pun fun la.. 

TEAM Mega.

GURLFRENZ
GADIS cantik bersama jejaka kacak
CJ hot woo...huhu