Friday, 2 November 2012

Aku akan tinggalkan Kota

Ya, aku akan tinggalkan Kota. Tadi aku dapat panggilan telefon dari bos aku. Tujuannya sebab nak cakap pasal assignment aku esok tapi selepas itu ditanyanya sama ada aku ada dapat surat. SURAT!!

Ya, surat. Agak gerun bagi kami bila menerima surat. Surat bermakna selain daripada surat pergi kursus (or worst surat saman), ia juga mungkin menjadi surat transfer atau pun pertukaran. Pertukaran pula antara dua iaitu sama ada pertukaran (yang digeruni) state atau pun pertukaran desk. However, both are equally scary. Tapi haruslah aku tidak mendapat apa-apa surat pun lagi. Hari ini aku assignment pagi dan petang. So memang tak masuk office la. Namun aku dapat merasanya yang this is not a good sign.

Ya, memang betul sangkaan aku. Bos aku beritahu yang dia menerima surat yang mengatakan aku akan ditukarkan ke meja lain. Meja itu adalah -------. Oh no. Kenapa meja itu. Sungguh aku tidak sanggup. Sungguh aku rasa aku tidak mampu untuk menulis berita di situ.

Aku terus jadi blurr. Sedih kot. Sayangnya aku nak tinggalkan meja Kota. Walaupun mula-mula aku masuk Kota dulu aku macam tidak rela ditukar ke meja ini tapi semakin lama semakin selesa aku di sini. Ada kawan-kawan yang baik dari media lain dan hubungan dengan PR serta contact lain yang memang dah mesra. Kata bos aku, pihak atasan tidak ada tanya apa-apa darinya sebelum ini dan terus dapat surat je.

Paling sedih, lepas ini aku dah jarang nak assignment dengan Dayah. Sedih woo.. Selalunya di mana aku di situ ada dia. Lepas nie, tak dapat la nak lepak Oldtown Bangsar South untuk ketuk story after assignment sama-sama. Dah tak dapat la nak buat tinjuan or pergi cover aduan penduduk lagi.

Arghhh... Aku masih belum dapat lagi surat tu. So boleh tak aku pretend yang this is just a nightmare and when I wake up I'll be glad that it was just a dream.

Baiklah, biar aku pergi tidur dulu. Harap-harap ini semua mimpi.